Saturday 21 February 2009

Sambutan Hari Keluarga

Cellan Millenium Hall
16th February 2009


Sambutan hari keluarga telah diadakan untuk kali kedua bagi warga Lampeter di sini.. Dan juga bersempena dengan kepulangan beberapa ahli warga yang akan pulang ke Malaysia.. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya dan meriah.. Terutama bagi kanak2 yang sentiasa menantikan program2 sebegini..


Menu yang telah disediakan oleh para2 ibu dan golongan muslimat untuk hari ini adalah ayam kurma, sotong goreng tepung, sambal tumis telur dan salad.. serta pelbagai jenis kuih muih yang tak tersebut nama kuih2 tu & juga buah-buahan..







Majlis di mulakan dengan menjamu selera terlebih dahulu bersesuaian dengan waktu makan tengahari.. Selepas masing2 siap makan, acara untuk kanak2 di mulakan.. Game yang pertama dan kedua diadakan di luar hall serta gam2 yang seterusnya diadakan di dalam hal memandangkan cuaca bertambah sejuk..


Kanak2 telah dibahagikan dalam 3 kumpulan.. Kumpulan yang diketuai oleh Kakak Aliya, Kakak Syakira dan Abang Fuad.


Game Pertama: Bawa getah dalam straw



Masing2 sudah bersedia.. semangat nak kumpulan masing2 menang.. dah buat percubaan dulu sebelum game start.. Riuh rendah sorakan dari setiap ahli kumpulan masing2.. semuanya nak menang kan..





Game Kedua: Lari kaki tiga




Sebelum game nie bermula, kanak2 di beri peluang untuk mencuba terlebih dahulu.. Maklumlah, game nie bukan senang untuk kanak2 yang kecil.. tak semua yang besar2... Biasanya game nie di mainkan oleh orang2 besar jugak kan.. Walau macam manepun, meriah rasanya bila game nie di mainkan oleh kanak2.. Baru saja mencuba, tapi terus pandai..


Untuk acara seterusnya, di sambung selepas solat zuhur.. Dan acara di mulakan dengan game untuk baby2 di dalam dewan.. Memandangkan Zalifah dan Solehah tidur, jadi Zalifah tak join sekali game ini.. Adam, Athira, Ahmad dan Insyirah..

Baby2 ini di minta untuk mengutip seberapa banyak gula2 yang ada, dan ibu2 mengumpul gula2 yang di kutip oleh anak2 mereka..



Acara seterusnya untuk kanak2 kecil.. Kanak2 diminta untuk mengmbil gula2 dan masukkan di dalam sudu dan mengumpulnya di atas kerusi masing2.. Kakak2 dan abang2 masing, semuanya memberikan sokongan yang padu kepada adik2 mereka.. Sampai ada yang tak sedar, dah ter'ngelat'.. ambik gula menggunakan tangan jer, tak sempat nak letak dalam sudu.. Excited lah katakan.. Itulah di namakan kanak2, ketelah mereka yang sentiasa melucukan..






Game yang terakhir untuk kanak2 ialah memijak belon lawan.. 3 kumpulan perlu mempertahan belon2 di kaki masing2.. Belon yang masih banyak ada, adalah pemenangnya..



ikat kaki terlebih dahulu..


Then, game pun bermula.. riuh sekali hall dengan bunyi belon yang pecah di sana sini..








Manakala untuk acara dewasa berpasangan ialah 'Puzzle'.. Pasangan dikehendaki mencari semua perkataan yang diminta.. Pasangan yang dapat menyiapkan mencari kesemua perkataan2 dengan cepat, maka itulah pemenangnya..



..:: Dr. Asri & Puan Hawa ::..




..:: Encik Azman & Puan Arena ::..




..:: Ustaz Tarmizi & Puan Roslina ::..





..:: Ustaz Kamaruzzaman & Puan Mimi Azilah ::..




..:: Ustaz Halim & Puan Habibah ::..




..:: Ustaz Razaleigh & Puan Nahariah ::..




..:: Ustaz Zuhdi & Puan Seri Noryati ::..




..:: Ustaz Khairuddin & Puan Zunita :..




..:: Ustaz Dahlan & Puan Munira ::..




Acara kemuncak adalah pembahagian hadiah.. yang sudah semestinya selalu dinanti2 especially kalangan kanak2.. Kanak2 girang duduk menanti hadiah masing2..





Bagi acara berpasangan, di menangi oleh :


Tempat Pertama : Ustaz Zaharuddin & Puan Norhaslina



Tempat Kedua : Encik Azman & Puan Arena



Tempat Ketiga : Ustaz Kamaruzzaman & Puan Mimi



Seterusnya, penyampaian hadiah bagi kalangan kanak2.. Hadiah di sampaikan oleh Ustaz Halim, Ustaz Zuhdi dan Dr. Asri..






Bagai acara kanak2, hadiah telah diagihkan mengikut kumpulan masing2..


Tempat Pertama : Kumpulan Syakira



Tempat Kedua : Kumpulan Aliya



Tempat Ketiga : Kumpulan Fuaad



Setelah semuanya selesai, majlis di teruskan lagi dengan memberi penghormatan dan laluan ahli yang akan meninggalkan bumi Lampeter ini.. Ustaz Zuhdi sekeluarga akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini.. Begitu juga isteri kepada Ustaz Razaleigh (Kak Naha) bersama anak2nya akan pulang pada bulan depan.. Juga Abu Dardaa' yang telah mewarwarkan akan kepulangannya walau belum di confirmkan tarikhnya..





Majlis bersempena meraikan mereka yang pernah bersama2 melakar kenangan di perantauan ini.. Pelbagai suka dan duka yang telah ditempuhi.. Namun, ianya akan sentiasa dan akan selalu terpahat indah dalam ingatan bersama.. Moga perpisahan ini bukan titik noktah yang terakhir untuk bersua kembali di Malaysia nanti.. InSya Allah..



Ustaz Zuhdi wakil sekeluarga memberikan ucapan



Ustaz Razali wakil sekeluarga juga


Untuk kenangan tanda pernah bersama melakar ukhuwwah, terimalah hadiah ikhlas dari semua ahli Warga Lampeter..






Akhir sekali, sebelum majlis berakhir.. berkebetulan, hari semalamnya adalah Hari Ulangtahun Kelahiran 2 orang ahli.. senior and junior.. iaitu Ustaz Halim & Adik Zalifah.. Sekaligus, meraikan hari yang bermakna untuk mereka berdua ini.. Semoga di panjangkan usia & di murahkan rezeki selalu.. Serta sentiasa di bawah lindungan rahmat yang Maha Esa selalu.. Amin!!








Majlis berakhir kira2 pukul 6 petang.. InSya Allah, sama2 mendoakan agar ikatan ukhuwwah yang pernah terjalin antara kita semua sentiasa kekal dan di redhai Allah.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Read More......

Friday 20 February 2009

Read More......

Dictionary


Read More......

Wednesday 18 February 2009






Your Name :




Your Email :




Subject :




Message :


Image (case-sensitive):








Read More......

Tuesday 17 February 2009

..:: Links ::..





Read More......

Saturday 14 February 2009

Radio Malaysia Online

Read More......