Thursday 23 April 2009

Selamat Jalan..


M
asanya sudah tiba.. Setelah lebih kurang 3 tahun setengah berada di bumi Lampeter ini.. Sudah menjadi adat, patah tumbuh hilang berganti.. Kali ini, keluarga Ustaz Zuhdi akan bertolak pulang ke Malaysia.. Berat untuk melepaskan pergi setelah bersama2 berkongsi suka duka dalam melayari kehidupan di perantuan ini.. Namun, apakan daya.. Itulah lumrah kehidupan.. Pertemuan akan di susuli dengan perpisahan.. Walau bagaimanapun, InSya Allah akan dapat berjumpa lagi di lain masa, jika bukan di sini.. InSya Allah di Malaysia nanti..



Warga Lampeter memohon ampun dan maaf atas segala salah silap, keterlanjuran kata dan apa jua yang telah di lakukan samada di sedari atau sebaliknya.. Halalkan makan minum.. Terima kasih atas segala bantuan, kata nasihat, ikatan ukhuwwah yang di jalinkan untuk kami semua.. Semoga bertemu lagi, InSya Allah..


Selamat jalan untuk Ustaz Zuhdi, Kak Seri, Nasrullah, Nasruddeen dan adik Zahrah.. Semoga berjumpa lain.. InSya Allah.. Salam ukhuwwah..




Read More......

Sunday 19 April 2009

BBQ @ Riverside



Sempena meraikan kepulangan Ustaz Zuhdi sekeluarga, warga Lampeter telah menganjurkan majlis BBQ di Riverside.. Majlis bermula di sekitar jam 12 tengahari dan selesai pada jam 6 setengah petang.. Di mulakan dengan memanggang daging dan di ikuti dengan menikmati kelazatan BBQ.. Di samping bermacam juadah yang telah di sediakan oleh kaum ibu.. Dan diikuti dengan pencuci mulut, iaitu aiskrim.. memandangkan cuaca yang sangat cerah pada hari itu, bersesuaian untuk menikmati aiskrim..


B
erikut gambar2 yang sempat di rakamkan pada hari tersebut..







Si cilik dan si cute Warga Lampeter..








Seperti biasa, kanak2 merupakan golongan yang paling gembira.. berlari, bermain ke sana sini.. yang masuk ke dalam sungai pun ada.. ;) Masing2 sangat teruja bila dapat berjumpa kawan2.. Apatah lagi, biasanya hanya berada di rumah yang kadangkala cuaca tidak mengizinkan untuk bermain di luar rumah.. So, inilah peluang berharga untuk mereka semua..









Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.. Boleh dikatakan semua ahli dapat turut serta majlis ini.. Dan inilah majlis bersama warga yang terakhir bagi Ustaz Zuhdi sekeluarga.. Di doakan moga kita akan dapat berjumpa lagi di lain arena, InSya Allah..










Sekian untuk kali ini.. InSya Allah, bertemu lagi di lain BBQ.. ;)



Read More......