Thursday 17 September 2009

Menjelang Syawal Tiba..


R
aya seakan tidak sempurna tanpa hidangan kuih raya bersempena menyambut hari raya yang menjelang tiba beberapa hari saja lagi.. Walaupun jauh di perantauan dan walau keadaan juga berbeza jika dibandingkan dengan tanahair.. Namun, kami tetap sama-sama bersepakat untuk menyediakan hidangan biskut raya untuk santapan di pagi Syawal..

Seperti dua tahun lalu, kami juga beramai bergotoyong raya menjayakan hidangan biskut raya ini.. Antara yang bekerja keras menyiapkan kuih ini ialah Naha, Bib dan Roslina..


Alhamdulillah, setelah beberapa hari mengadun, membakar dan menyiapkan kuih yang dibuat.. Hasilnya beberapa jenis kuih yang tersedia seperti kuih siput, biskut badam, chocolate chips dan biskut arab..


biskut arab..


Sepanjang pembikinan biskut raya ini, kami telah menyiapkan kesemua kuih raya di rumah salah seorang kawan iaitu Samira.. Ribuan terima kasih juga diucapkan kerana menerima kami untuk menyediakan kuih bersempena raya nanti..


Pada beberapa hari di setiap lebih kurang jam 10.30 pagi sehinggalah 2.30 petang, itulah waktu yang telah sama-sama diluangkan semata-mata menjayakan visi biskut raya untuk tahun ini..

antara yang hadir..



Ini juga adalah kenangan terakhir dari Cikgu Roslina untuk bersama mengikuti segala aktiviti sepanjang berada di bumi Lampeter ini.. Beliau sekeluarga akan pulang meninggalkan kami di sini dengan seribu satu kenangan bersama sepanjang menjalin ukhuwwah di sini.. Maka, inilah biskut raya terakhir yang dari air tangan beliau juga..



Antara kenangan sepanjang membuat biskut menjelang raya..




InSya Allah, biskut yang tersedia akan dihidangkan di pagi Syawal berserta dengan hidangan-hidangan yang lain.. Moga sama-sama dapat meraikan Lebaran nanti dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan kegembiraan..


Di kesempatan yang ada, kemaafan dipohon dari setiap individu dan juga keluarga Warga Lampeter kepada semua terutama keluarga besar Warga Lampeter jika ada keterlanjuran kata dan bahasa atau salah laku sepanjang bersama samada di sedari atau sebaliknya.. Semoga dengan kedatangan Aidilfitri ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita semua..

Selamat Menyambut Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..


Read More......

Friday 4 September 2009

Memory Iftar


P
ada hari Rabu lalu, sejurus selepas bertarawih berjemaah.. Salah seorang kawan dari Libya bersama keluarga telah mengadakan sambutan hari kelahiran anaknya yang ke 2 tahun.. Selain dari kami semua yang hadir, ia turut dihadiri oleh beberapa rakan muslim yang lain.. Sambutan yang tidak kurang kemeriahannya itu dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan tidak lupa juga kek sebagai meraikan hari kelahiran Umar..


Bertambah kemeriakan dengan diserikan pula acara nasyid dari kanak2 melayu yang mana telah mendendangkan 2 jenis nasyid.. Nasyid telah di sampaikan oleh adik Nabihah, adik Mardhiyyah, adik Sofiaa, adik Iman, adik Asyrifa dan juga adik Munawwarah..


Berikut adalah sedutan daripada nasyid ' Your Mother ' yang telah di sampaikan.. Yang mana penyanyi asal nasyid ini ialah Yusuf Islam..




Nasyid seterusnya berkenaan dengan 'mosque'.. Saksikan gaya tika mereka menyampaikan nasyid yang di latih khas oleh Ummi Roslina, Ummi Nahariah dan Umma Habibah..




Antara detik-detik jamuan berlangsung..


posing dulu sebelum makan..


Kek sentiasa menjadi kegemaran terutama bagi kanak-kanak.. Apa yang paling istimewanya adik Mohd telah memilih bahagian kek yang masih terpacak lilin di atasnya.. Gelagat Mohd yang mencuit hati..


Sesudah menjamu hidangan tersebut, masing-masing kembali dengan aktiviti tersendiri.. Kanak-kanak yang sentiasa aktif dan juga teruja dengan bermula kembali sekolah seperti biasa pada keesokan harinya..


Kaum Ibu dan Kaum Muslimat yang turut hadir..





Di kesempatang yang ada, Warga Lampeter mengucapkan selamat pulang bercuti untuk Ustaz Khairuddin dan Puan Zunita.. Semoga selamat tiba dan kembali semula.. InSya Allah, semoga dapat di pertemukan semula..


Read More......

Thursday 3 September 2009

Iftar Jamaie @ Lampeter Mosque


M
ajlis berbuka puasa berterusan seperti biasa.. Kami berbuka puasa beramai-ramai di masjid.. Bermula dari hari pertama berpuasa sehinggalah ke pertengahan puasa.. dan dikuti pula sekali lagi pada setiap hujung minggu..

Kenangan tika berbuka puasa ..




Bergambar kenangan sebelum azan maghrib di laungkan yang bermakna waktu untuk iftar telah tiba..




*********************

Pada hari Ahad lalu, kami diundang untuk berbuka puasa di rumah Dr Dawood.. sama seperti tahun-tahun yang lalu..





Inilah antara kenangan tika berpuasa di bumi Lampeter yang mana jauh dari keluarga tercinta juga segala juadah yang tersedia di Bazar Ramadhan.. Namun, setiap detik yang dilalui bersama-sama di perantauan ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..


Selamat Menunaikan Ibdah Puasa..


Read More......