Friday 4 September 2009

Memory Iftar


P
ada hari Rabu lalu, sejurus selepas bertarawih berjemaah.. Salah seorang kawan dari Libya bersama keluarga telah mengadakan sambutan hari kelahiran anaknya yang ke 2 tahun.. Selain dari kami semua yang hadir, ia turut dihadiri oleh beberapa rakan muslim yang lain.. Sambutan yang tidak kurang kemeriahannya itu dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan tidak lupa juga kek sebagai meraikan hari kelahiran Umar..


Bertambah kemeriakan dengan diserikan pula acara nasyid dari kanak2 melayu yang mana telah mendendangkan 2 jenis nasyid.. Nasyid telah di sampaikan oleh adik Nabihah, adik Mardhiyyah, adik Sofiaa, adik Iman, adik Asyrifa dan juga adik Munawwarah..


Berikut adalah sedutan daripada nasyid ' Your Mother ' yang telah di sampaikan.. Yang mana penyanyi asal nasyid ini ialah Yusuf Islam..




Nasyid seterusnya berkenaan dengan 'mosque'.. Saksikan gaya tika mereka menyampaikan nasyid yang di latih khas oleh Ummi Roslina, Ummi Nahariah dan Umma Habibah..




Antara detik-detik jamuan berlangsung..


posing dulu sebelum makan..


Kek sentiasa menjadi kegemaran terutama bagi kanak-kanak.. Apa yang paling istimewanya adik Mohd telah memilih bahagian kek yang masih terpacak lilin di atasnya.. Gelagat Mohd yang mencuit hati..


Sesudah menjamu hidangan tersebut, masing-masing kembali dengan aktiviti tersendiri.. Kanak-kanak yang sentiasa aktif dan juga teruja dengan bermula kembali sekolah seperti biasa pada keesokan harinya..


Kaum Ibu dan Kaum Muslimat yang turut hadir..





Di kesempatang yang ada, Warga Lampeter mengucapkan selamat pulang bercuti untuk Ustaz Khairuddin dan Puan Zunita.. Semoga selamat tiba dan kembali semula.. InSya Allah, semoga dapat di pertemukan semula..


0 comments: