Saturday 30 May 2009

Berkelah di Highmead..


Cuaca yang cerah dan panas hari ini telah mendorong sebahagian warga ke highmead, bertujuan untuk memenuhi masa2 lapang kanak2 yang sedang bercuti sekolah.. Di samping kaum bapa dengan aktiviti mereka tersendiri dan tak kurang juga dengan kaum ibu yang membincangkan topik hangat pada hari ini.. Apalah agaknya topik tu yer?? :D
Biarkan mereka saje yang tahu.. :)


Menjamu selera terlebih dahulu sebelum bermula dengan aktiviti masing2 yang menanti..




Menunya ialah nasi kerabu, nasi goreng, nasi lemak, kue teow dan beberapa jenis kuih..




hero2 Lampeter.. :)


topik hangat yang sedang di bincangkan.. ;)


Kanak2 dengan aktiviti masing2 sementara kaum ibu dan bapa dengan aktiviti masing2 juga.. :)










Bergambar kenangan sebelum meninggalkan highmead..




Majlis bersurai kira2 jam 7.30 malam..


Read More......

Tuesday 26 May 2009

BBQ Lagi..



Untuk kali ketiga di musim bunga ini, majlis BBQ diadakan.. Kali ini BBQ diadakan oleh salah seorang daripada warga bersempena meraikan dan mensyukuri atas kejaayan beliau dalam phDnya.. Sekalung ucapan tahniah yang di kira masih belum terlambat untuk Warga Lampeter mengucapkannya.. Tahniah atas kejayaan beliau, semoga akan terus berjaya di masa2 yang akan datang…




A
ntara gambar2 yang sempat di rakamkan..





Hari Isnin bersamaan 25th May di pilih berkebetulan dengan Bank Holiday, juga kanak2 bercuti.. membolehkan semua ahli hadir.. Juga meraikan Saudara Abu Dardaa yang akan bermusafir ke Ireland esok harinya.. Juga Ustaz Halim sekeluarga yang akan pulang ke Malaysia pada awal Jun nanti..






Sekali lagi, Riverside menjadi tempat pilihan untuk BBQ kali ini.. Walau titis2 air hujan jatuh, tidak menghalang untuk kanak2 terus bermain dan kaum bapa bermain tennis.. Manakala, kaum ibu lebih selesa bersantai berbual2 sesama yang lain di samping melayan karenah anak2 kecil mereka..



Telatah dan gelagat kanak2 Warga Lampeter..



senyuman mengancam dari Mohd.. :)


senyuman manis dari adik Zalifah..


Bergambar kenangan di akhir majlis..



Alhamdulillah, majlis bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 6 petang.. Sekian dulu untuk kali ini.. Moga berjumpa di lain ketika..


Read More......

Thursday 21 May 2009

Selamat Pulang..


Pertemuan berakhir perpisahan.. Walau bagaimanapun, moga ini bukan pertemuan terakhir.. Moga akan di pertemukan semula suatu hari nanti.. Jika bukan di sini, InSya Allah di Malaysia nanti.. Warga Lampeter mengucapkan Selamat Jalan & Semoga bertemu lagi untuk Kak Hawa dan putera puterinya.. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, masanya kini tiba.. Moga dengan pertemuan ini, ikatan ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. InSya Allah..





Pastinya warga akan merindui mereka sekeluarga..





Salam rindu untuk Talhah, Intisor, Ibtihal dan Dihyah dari kami semua.. Warga Lampeter memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah di lakukan samada di sedari atau sebaliknya.. Terima kasih atas jalinan ukhuwwah, kasih sayang dan segala2nya yang telah di berikan.. InSya Allah, moga Kak Hawa sekeluarga akan sentiasa di berkati dan di rahmati oleh Allah taala.. Amin…




Read More......

Monday 18 May 2009

Selamat Pengantin Baru..


P
ada 16hb May 2009 yang lalu.. Majlis pernikahan antara David dan Faridah telah diadakan di EIHS, Llanybbydder.. David di iringi dengan rombongan warga Lampeter menuju ke highmead.. Manakala, penghuni highmead mengiringi Faridah menanti ketibaan pihak pengantin lelaki pada jam 12 tengahari di pintu utama..



Alhamdulillah, hujan rahmat yang kadangkala berhenti dan kembali semula mengiringi hari berbahagia tersebut..




Suasana di luar ketika rombongan dari pihak David tiba..





T
idak lupa juga dengan beberapa hantaran yang di gubah khas oleh kaum ibu warga Lampeter sendiri.. juga gubahan2 lain seperti bunga telur, bunga manggar dan coklat sebagai gift pada kanak2.. yang telah di bahagikan pada hari itu..


Majlis berarak menuju ke masjid di iringi dengan iringan selawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w.



S
etiba di masjid, majlis di mulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran.. dan di susuli dengan khutbah atau penerangan tentang perkahwinan dalam Islam.. yang mana secara tidak langsung akan memberikan pengetahuan yang baru bagi golongan yang bukan muslim..







Mendengar penerangan tentang perkahwinan dalam Islam.. yang sedikit sebanyak memberikan ruang untuk orang yang bukan Islam mengatahui cara perkahwinan dalam Islam.. Penerangan tersebut telah di sampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar EIHS ini..






Dan tibalah majlis kemuncak.. Upacara akad nikah.. yang telah di nikahkan oleh Principal EIHS.. Dr. Kadhem Al-Rawi.. Di ikuti dengan menyarung cincin ke jari pengantin perempuan..






Majlis di teruskan dengan ucapan tahniah dari semua yang hadir.. di ikuti juga dengan bergambar bersama pengantin.. Majlis bergambar itu di teruskan sehingga masuk waktu Zohor dan menunaikan sembahyang Zohor berjemaah..







Reaksi kaum perempuan yang membantu untuk menghidangkan hidangan di dewan makan.. sebelum kedatangan tetamu untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan..





Menunya ialah Nasi Pilau, Nasi Maqlubah, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Ayam Bakar, Parsnips dan Lobak Bakar, Salad, Acar, Pajeri Nenas bagi meja pengantin.. dan juga kuih muih yang pelbagai..


..:: Selamat Pengantin Baru David & Faridah ::..








Bunga telur dan coklat di agihkan kepada para tetamu dan kanak2.. ketika para tetamu menikmati hidangan makanan..




Bunga telur adalah asing bagi tetamu yang bukan melayu.. boleh dikatakan hampir semua tetamu yang bukan melayu, yang menerima bunga telur tue.. bertanyakan tentang bunga tersebut.. dan tak lupa masing2 memuji kecantikan bunga telur itu dan semestinya mereka teruja menerima bunga telur itu.. Juga kanak2 yang berebut2 untuk menerima coklat..





Para tetamu dan kanak2 menikmati makanan pada hari tersebut..






Majlis di teruskan lagi dengan makan beradab pengantin..



antara tetamu yang hadir..


meja yang di sediakan untuk perempuan..


Seterusnya, sebelum majlis berakhir.. majlis memotong kek.. Kek yang istimewa nie di buat khas oleh anak David sendiri.. Kek yang juga berwarna hijau, bersempena dengan warna tema perkahwinan mereka berdua..





Majlis di susuli dengan potong kek dan hidangan kuih muih, sweets, dan tea, cofee dan yang paling special.. hidangan teh tarik dari Ustaz Halim.. Haritue, tea biasa ngan cofee pun tak laku.. semua nak minum teh tarik.. dengar dari mulut2 tetamu mengatakan tea tue memang best.. tak sama macam tea yang letak susu biasa.. Sudah tentu.. Masing2 dah terkena penangan teh tarik, special dari Ustaz Halim..




Sementara semua tetamu masih lagi menikmati hidangan.. dan juga dengan hidangan kuih muih untuk hidangan seterusnya.. Kanak2 pula disediakan dengan aktitivi face painting dan henna.. Dua orang model kanak2 warga Lampeter.. adik Aliya dan adik Athila..





Sebelum majlis berakhir, sempat kami merakamkan gambar kenangan bersama pengantin..


bergambar kenangan..


warna tema.. warna hijau..


gambar beramai2..


Tahniah untuk David & Faridah.. Warga Lampeter mengucapkan tahniah dengan ucapan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga di berkati dan di rahmati oleh Allah taala.. Amin.. Ribuan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.. Semoga Allah akan membalas segala jasa baik yang telah di hulurkan.. wassalam..




Read More......