Monday 18 May 2009

Selamat Pengantin Baru..


P
ada 16hb May 2009 yang lalu.. Majlis pernikahan antara David dan Faridah telah diadakan di EIHS, Llanybbydder.. David di iringi dengan rombongan warga Lampeter menuju ke highmead.. Manakala, penghuni highmead mengiringi Faridah menanti ketibaan pihak pengantin lelaki pada jam 12 tengahari di pintu utama..



Alhamdulillah, hujan rahmat yang kadangkala berhenti dan kembali semula mengiringi hari berbahagia tersebut..




Suasana di luar ketika rombongan dari pihak David tiba..





T
idak lupa juga dengan beberapa hantaran yang di gubah khas oleh kaum ibu warga Lampeter sendiri.. juga gubahan2 lain seperti bunga telur, bunga manggar dan coklat sebagai gift pada kanak2.. yang telah di bahagikan pada hari itu..


Majlis berarak menuju ke masjid di iringi dengan iringan selawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w.



S
etiba di masjid, majlis di mulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran.. dan di susuli dengan khutbah atau penerangan tentang perkahwinan dalam Islam.. yang mana secara tidak langsung akan memberikan pengetahuan yang baru bagi golongan yang bukan muslim..







Mendengar penerangan tentang perkahwinan dalam Islam.. yang sedikit sebanyak memberikan ruang untuk orang yang bukan Islam mengatahui cara perkahwinan dalam Islam.. Penerangan tersebut telah di sampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar EIHS ini..






Dan tibalah majlis kemuncak.. Upacara akad nikah.. yang telah di nikahkan oleh Principal EIHS.. Dr. Kadhem Al-Rawi.. Di ikuti dengan menyarung cincin ke jari pengantin perempuan..






Majlis di teruskan dengan ucapan tahniah dari semua yang hadir.. di ikuti juga dengan bergambar bersama pengantin.. Majlis bergambar itu di teruskan sehingga masuk waktu Zohor dan menunaikan sembahyang Zohor berjemaah..







Reaksi kaum perempuan yang membantu untuk menghidangkan hidangan di dewan makan.. sebelum kedatangan tetamu untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan..





Menunya ialah Nasi Pilau, Nasi Maqlubah, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Ayam Bakar, Parsnips dan Lobak Bakar, Salad, Acar, Pajeri Nenas bagi meja pengantin.. dan juga kuih muih yang pelbagai..


..:: Selamat Pengantin Baru David & Faridah ::..








Bunga telur dan coklat di agihkan kepada para tetamu dan kanak2.. ketika para tetamu menikmati hidangan makanan..




Bunga telur adalah asing bagi tetamu yang bukan melayu.. boleh dikatakan hampir semua tetamu yang bukan melayu, yang menerima bunga telur tue.. bertanyakan tentang bunga tersebut.. dan tak lupa masing2 memuji kecantikan bunga telur itu dan semestinya mereka teruja menerima bunga telur itu.. Juga kanak2 yang berebut2 untuk menerima coklat..





Para tetamu dan kanak2 menikmati makanan pada hari tersebut..






Majlis di teruskan lagi dengan makan beradab pengantin..



antara tetamu yang hadir..


meja yang di sediakan untuk perempuan..


Seterusnya, sebelum majlis berakhir.. majlis memotong kek.. Kek yang istimewa nie di buat khas oleh anak David sendiri.. Kek yang juga berwarna hijau, bersempena dengan warna tema perkahwinan mereka berdua..





Majlis di susuli dengan potong kek dan hidangan kuih muih, sweets, dan tea, cofee dan yang paling special.. hidangan teh tarik dari Ustaz Halim.. Haritue, tea biasa ngan cofee pun tak laku.. semua nak minum teh tarik.. dengar dari mulut2 tetamu mengatakan tea tue memang best.. tak sama macam tea yang letak susu biasa.. Sudah tentu.. Masing2 dah terkena penangan teh tarik, special dari Ustaz Halim..




Sementara semua tetamu masih lagi menikmati hidangan.. dan juga dengan hidangan kuih muih untuk hidangan seterusnya.. Kanak2 pula disediakan dengan aktitivi face painting dan henna.. Dua orang model kanak2 warga Lampeter.. adik Aliya dan adik Athila..





Sebelum majlis berakhir, sempat kami merakamkan gambar kenangan bersama pengantin..


bergambar kenangan..


warna tema.. warna hijau..


gambar beramai2..


Tahniah untuk David & Faridah.. Warga Lampeter mengucapkan tahniah dengan ucapan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga di berkati dan di rahmati oleh Allah taala.. Amin.. Ribuan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.. Semoga Allah akan membalas segala jasa baik yang telah di hulurkan.. wassalam..




0 comments: