Saturday 26 December 2009

Jalinan Ukhuwwah...


B
ersempena dengan kepulangan tiga orang ahli bersama keluarga yang telah bersama mendiami bumi Lampeter selama beberapa bulan, Warga Lampeter bersepakat untuk mengadakan majlis pertemuan terakhir di sini. Di samping, meraikan dua buah keluarga baru yang akan bersama menjalin ukhuwwah di sini iaitu Ustaz Aziz sekeluarga juga Ustaz Nasa sekeluarga. Selamat datang di ucapkan jua seluruh ahli Warga Lampeter mengalu-alukan kedatangan mereka semua.


Majlis telah diadakan di masjid Lampeter pada jam 7.00 malam bersamaan 11hb Disember lalu.



Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Penghulu juga diikuti ucapan Saudara Fauzi, Saudara Azhar dan Saudara Kohar.



Alhamdulillah, dengan izin Tuhan majlis yang dirancang berjalan dengan baik, walau cuaca di luar sejuk juga kebanyakan yang bekerja pada hari itu. Namun, majlis tetap dapat di teruskan dan agenda-agenda lain juga dapat di laksanakan.





Seterusnya majlis diteruskan pula dengan menjamu selera.





Semoga jalinan ukhuwwah yang terukir akan terus berpanjangan dan dapat di tautkan kembali tika berada di M'sia pada masa mendatang. Moga Redha dan Rahmat Allah akan sentiasa bersama mengiringi tautan ukhuwwah yang terjalin. Ameen.

Read More......

Saturday 19 December 2009

Moga Kembali Bertamu


Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah adat dan lumrah kehidupan di dunia ini. Pada bulan lalu, Dr Razaleigh sekeluarga telah berangkat pulang ke M'sia setelah hampir tiga tahun di bumi Lampeter. Kepulangan yang bermakna bersertakan kejayaan dalam phD beliau. Sekalung ucapan tahniah dan syabas untuk beliau atas kejayaan yang telah dikecapi. Moga akan menjadi titik panduan untuk mendorong semua ahli yang lain dalam meneruskan perjuangan di arena pelajaran.

Kepulangan beliau sekeluarga telah diiringi beberapa ahli sebagai wakil bagi yang tidak dapat mengiringi ke lapangan terbang di Cardiff.


Cebisan kenangan dari kanak-kanak yang juga telah menjalin ukhuwwah di bumi Lampeter ini. Bergambar bersama untuk terakhir kali di sini dan moga dipertemukan lagi, InSya Allah.


Tidak lupa buat rakan taulan muslimin yang telah mencorak kenangan bersama di seperjalanan pengembaraan di bumi Lampeter. Pastinya segala kenangan yang terukir akan sentiasa terpahat dalam ingatan.



Ukhuwwah itu di rasai juga oleh sahabat muslimat. InSya Allah, titik pertemuan di sini akan terus berpanjangan. Moga ukhuwwah yang terbina juga akan sentiasa dalam Redha Ilahi. Ameen.



Selamat jalan dan selamat pulang. Semoga akan di pertemukan semula di masa mendatang. Mohon maaf andai ada salah dan silap di sepanjang perkenalan. Terima kasih juga atas segala budi dan jasa, kasih dan sayang, dorongan dan panduan, gurauan dan usikan serta segala yang terukir.



Seluruh Warga Lampeter mendoakan agar Dr Razaleigh & Pn Nahariah sekeluarga akan terus berjaya dan di permudahkan segala urusan. Moga kasih dan rahmat Allah juga akan sentiasa berada di sisi kalian. Selamat Maju Jaya.

Read More......