Saturday 26 December 2009

Jalinan Ukhuwwah...


B
ersempena dengan kepulangan tiga orang ahli bersama keluarga yang telah bersama mendiami bumi Lampeter selama beberapa bulan, Warga Lampeter bersepakat untuk mengadakan majlis pertemuan terakhir di sini. Di samping, meraikan dua buah keluarga baru yang akan bersama menjalin ukhuwwah di sini iaitu Ustaz Aziz sekeluarga juga Ustaz Nasa sekeluarga. Selamat datang di ucapkan jua seluruh ahli Warga Lampeter mengalu-alukan kedatangan mereka semua.


Majlis telah diadakan di masjid Lampeter pada jam 7.00 malam bersamaan 11hb Disember lalu.



Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Penghulu juga diikuti ucapan Saudara Fauzi, Saudara Azhar dan Saudara Kohar.



Alhamdulillah, dengan izin Tuhan majlis yang dirancang berjalan dengan baik, walau cuaca di luar sejuk juga kebanyakan yang bekerja pada hari itu. Namun, majlis tetap dapat di teruskan dan agenda-agenda lain juga dapat di laksanakan.





Seterusnya majlis diteruskan pula dengan menjamu selera.





Semoga jalinan ukhuwwah yang terukir akan terus berpanjangan dan dapat di tautkan kembali tika berada di M'sia pada masa mendatang. Moga Redha dan Rahmat Allah akan sentiasa bersama mengiringi tautan ukhuwwah yang terjalin. Ameen.

0 comments: