Friday 23 October 2009

Selamat Pulang ke Tanah Air



Patah tumbuh hilang berganti.. Inilah lumrah kehidupan di bumi sementara ini.. Pertemuan berakhir dengan perpisahan.. Walau bagaimanapun, moga dapat bersua lagi dan menyambung kembali tautan ukhuwwah yang terbina antara kita.. Pada seminggu raya lalu, beberapa buah keluarga telah mengiringi Ustaz Tarmizi sekeluarga yang pulang ke tanah air.. Tiba di airport Cardiff pada jam 2.00 pagi..

Antara kenangan yang telah di abadikan pada hari tersebut..


kenangan terakhir bersama..


Beberapa keping gambar kenangan kami bersama dengan mereka yang kini telahpun berada di tanah air.. Semoga rahmat Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan kehidupan di sana.. Amin..


membina persahabatan di bumi Lampeter..

jumpa lagi dik Mohd..


Segala ukhuwwah dan kenangan yang telah dibina bersama akan sentiasa sgar dalam ingatan juga akan kami abadikan dalam perjalanan kehidupan di bumi Lampeter ini..


wajah2 yang akan dirindui..

wajah kanak2 yang riang gembira di awal jam 3 pagi..


Warga Lampeter mengucapkan 'Selamat Pulang' dan semoga berjumpa lagi di lain lembaran.. Terima kasih atas segala kasih budi yang telah dicurahkan buat kami semua.. Semoga Allah akan memberikan kesihatan, keberkatan, kerahmatan untuk Ustaz Tarmizi sekeluarga.. Nantikan kepulangan kami semua di sini pula yang akan menyusul..


Read More......

Saturday 10 October 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri..

Pada seminggu Syawal bersamaan 26hb September yang lalu, Warga Lampeter telah menganjurkan suatu majlis bersempena dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri.. Majlis seperti ini sinonim dengan aktiviti kami di sini dalam meraikan Lebaran yang mulia di perantauan.. Untuk menghilangkan rasa rindu menyambut hari raya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara tersayang yang jauh nun di mata, majlis ini jugalah telah diadakan..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan penuh keriangan dan kegembiraan yang terpancar di wajah setiap yang hadir.. Majlis ini juga diserikan dengan majlis perpisahan untuk meraikan kepulangan Ustaz Tarmizi sekeluarga..



Tugas membakar pada kali ini, telah diserahkan kepada pada muslimat.. Maka, pada muslimin dengan riangnya dapat meluangkan masa bersama rakan taulan yang hadir.. Beberapa buah keluarga melayu dari Swansea juga turut menghadirkan diri memeriahkan lagi majlis pada hari itu..


sate..

Suasana di dapur tika kaum muslimat menyiapkan hidangan sate juga rangka ayam goreng.. untuk santapan semua yang hadir..

gigih menyiapkan hidangan..



Pelbagai jenis juadah yang disediakan pada hari itu seperti sate, kuah kacang, nasi himpit, kuih muih, kek, buah-buahan dan bermacam-macam lagi..

sila jamu selera..

antara kaum muslimin yang hadir..


Antara hidangan istimewa pada hari itu juga ialah rangka ayam goreng.. Yang mana menjadi perhatian ramai bukan saja bagi yang berbangsa melayu, akan tetapi bagi yang bukan melayu yang juga turut hadir menikmati hidangan yang ada pada hari itu..




Sesudah menjamu selera dengan hidangan yang ada, masing-masing berbual dengan rakan yang hadir manakala kanak-kanak dengan aktiviti mereka yang tersendiri iaitu bermain di playground berhampiran dengan hall itu..


bergambar kenangan di dalam hall..

Sambutan Ulangtahun untuk adik Insyirah (puteri sulong Ustaz Dahlan dan Pn. Munirah) juga telah di adakan pada hari tersebut, memandangkan beberapa hari selepas hari itu adalah hari lahir adik Insyirah yang ke 3 tahun..

adik Insyirah potong kek.. diperhatikan kawan-kawan yang lain..


Moga adik Insyirah akan cepat besar, dipanjangkan usia dan menjadi anak yang solehah kepada ayahbonda.. InSya Allah..

adik Nabihah & adik Asyrifa..



Seperti biasa, sebelum beredar pulang ke destinasi masing-masing, kami bergambar seketika di luar hall..


kanak-kanak yang berpakaian warna-warni..


Tika kaum wanita mengambil peluang yang ada untuk merakamkan gambar kenangan di majlis tersebut, kaum lelaki pula leka berbual sesama mereka..

Antara kepingan gambar yang sempat di rakamkan tika di kawasan luar hall.





Majlis beredar lebih kurang pada jam 5.30 petang. Alhamdulillah, sambutan pada hari itu dapat dilaksanakan dengan baik dan semestinya meriah sekali. InSya Allah, jika diberi keizinan Allah.. moga dapat bertemu lagi di lembaran akan datang..


Read More......

Saturday 3 October 2009

Kemeriahan di Pagi 1 Syawal Yang Mulia..


Pagi 1 Syawal yang mulia, iringan takbir memuji kebesaran Ilahi bergema di Arts Hall, University of Wales Lampeter.. yang mana merupakan tempat bagi kami meraikan hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini.. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri diiringi bacaan khutbah hari raya, iringan takbir di alaunkan terlebih dahulu..


Wajah-wajah ceria di pagi Aidilfitri.. Walau beraya di perantauan, namun kemeriahan tetap dapat dirasakan oleh kami semua di sini.. Menyambut raya di bumi M'sia atau di perantauan, terdapat erti kata dan pengertian yang tersendiri..



Lebih kurang pada jam 9.30 pagi, kami semua menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah yang diimankan oleh Dr. Mawil Izeddin..



Diikuti dengan bacaan khutbah sejurus solat sunat Aidilfitri di laksanakan..


antara yang hadir..


Tidak lupa juga dengan etika salam bersalaman, maaf memaafi sesama muslimin..




Selepas berakhir khutbah, menikmati hidangan yang ada di pagi raya.. Jumlah muslim yang hadir pada hari itu boleh dikatakan ramai.. membuatkan suasana dewa pada hari itu ceria dengan gelak tawa, senda gurau sesama yang hadir..



Masing-masing sedang menikmati hidangan, setelah sebulan berpuasa di Ramadhan lalu..




Majlis telah dihiasi dengan seorang tetamu yang hadir, yang mana beliau telah menyampaikan sebuah lagu untuk dendangan buat semua yang hadir pada hari itu..



Kanak-kanak adalah golongan yang sungguh gembira dalam meraikan kemeriahan Syawal..




Seterusnya, kaum muslimat sembat bergambar kenangan beramai-ramai pada hari tersebut.. sebagai kenangan di masa mendatang..



Juga buat 3 orang hero Lampeter yang menjalin sahabat di bumi Lampeter ini..

adik Fuaad, adik Hadif & adik Mohd..


Sebelum beredar pulang ke destinasi seterusnya, beberapa ahli yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di luar bangunan.. yang mana cuaca cerah mengiringi suasana hari raya pertama buat kami di sini..




Teratak pertama yang kami kunjungi ialah teratak Abg. Azman sekeluarga yang mana merupakan teratak yang paling berhampiran dengan tempat Aidilfitri diraikan di pagi Syawal.. Sejarah berulang kembali, di mana teratak ini jugalah teratak pertama yang diziarahi pada Lebaran tahun lalu.. Menu istimewa yang disediakan ialah nasi himpit beserta kuah lodeh dan kuah kacang.. Menu seperti ini adalah antara menu yang mengingatkan diri tika berhari raya di M'sia nun di sana..



Selepas mengunjungi teratak Abg. Azman sekeluarga, kami meneruskan kunjungan ke teratak Tok penghulu iaitu Ustaz Razaleigh sekeluarga pula.. Kenalan muslim lain yang bukan berbangsa melayu yang menetai di Lampeter ini juga turut sama menziarahi ke teratak warga Lampeter yang lain..


Menu yang cukup sebati di jiwa pada hari raya seperti nasi himpit, kuah kacang, kuih raya memang menjadi menu utama bagi kami di sini pada hari Lebaran.. Walau jauh di perantauan, menu sebegini tetap menjadi hidangan utama pada hari raya.. Itulah antara hidangan yang telah disediakan di teratak tok penghulu, tambahan dengan rendang dan pulut kuning..



bahagia di hari Lebaran..


*********************************


Menjelang Syawal kedua, kami beramai-ramai mengunjungi teratak Ustaz Dahlan sekeluarga sempena hari yang mulia ini, ziarah menziarahi juga maaf bermaafan antara satu sama yang lain..


Pelbagai jenis hidangan yang tersedia, termasuklah menu istimewa pada hari itu iaitu nasi kerabu dan juga kek serta kuih muih yang bermacam..


menjamu selera..

Sebelum pulang, kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di hari yang berbahagia ini..


kenangan bersama..


Laungan Selamat Hari Raya istimewa oleh warga cilik Lampeter, sempena hari Lebaran yang berbahagia untuk semua..



Warga Lampeter mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir & Batin


Read More......