Saturday 10 October 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri..

Pada seminggu Syawal bersamaan 26hb September yang lalu, Warga Lampeter telah menganjurkan suatu majlis bersempena dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri.. Majlis seperti ini sinonim dengan aktiviti kami di sini dalam meraikan Lebaran yang mulia di perantauan.. Untuk menghilangkan rasa rindu menyambut hari raya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara tersayang yang jauh nun di mata, majlis ini jugalah telah diadakan..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan penuh keriangan dan kegembiraan yang terpancar di wajah setiap yang hadir.. Majlis ini juga diserikan dengan majlis perpisahan untuk meraikan kepulangan Ustaz Tarmizi sekeluarga..



Tugas membakar pada kali ini, telah diserahkan kepada pada muslimat.. Maka, pada muslimin dengan riangnya dapat meluangkan masa bersama rakan taulan yang hadir.. Beberapa buah keluarga melayu dari Swansea juga turut menghadirkan diri memeriahkan lagi majlis pada hari itu..


sate..

Suasana di dapur tika kaum muslimat menyiapkan hidangan sate juga rangka ayam goreng.. untuk santapan semua yang hadir..

gigih menyiapkan hidangan..



Pelbagai jenis juadah yang disediakan pada hari itu seperti sate, kuah kacang, nasi himpit, kuih muih, kek, buah-buahan dan bermacam-macam lagi..

sila jamu selera..

antara kaum muslimin yang hadir..


Antara hidangan istimewa pada hari itu juga ialah rangka ayam goreng.. Yang mana menjadi perhatian ramai bukan saja bagi yang berbangsa melayu, akan tetapi bagi yang bukan melayu yang juga turut hadir menikmati hidangan yang ada pada hari itu..




Sesudah menjamu selera dengan hidangan yang ada, masing-masing berbual dengan rakan yang hadir manakala kanak-kanak dengan aktiviti mereka yang tersendiri iaitu bermain di playground berhampiran dengan hall itu..


bergambar kenangan di dalam hall..

Sambutan Ulangtahun untuk adik Insyirah (puteri sulong Ustaz Dahlan dan Pn. Munirah) juga telah di adakan pada hari tersebut, memandangkan beberapa hari selepas hari itu adalah hari lahir adik Insyirah yang ke 3 tahun..

adik Insyirah potong kek.. diperhatikan kawan-kawan yang lain..


Moga adik Insyirah akan cepat besar, dipanjangkan usia dan menjadi anak yang solehah kepada ayahbonda.. InSya Allah..

adik Nabihah & adik Asyrifa..



Seperti biasa, sebelum beredar pulang ke destinasi masing-masing, kami bergambar seketika di luar hall..


kanak-kanak yang berpakaian warna-warni..


Tika kaum wanita mengambil peluang yang ada untuk merakamkan gambar kenangan di majlis tersebut, kaum lelaki pula leka berbual sesama mereka..

Antara kepingan gambar yang sempat di rakamkan tika di kawasan luar hall.





Majlis beredar lebih kurang pada jam 5.30 petang. Alhamdulillah, sambutan pada hari itu dapat dilaksanakan dengan baik dan semestinya meriah sekali. InSya Allah, jika diberi keizinan Allah.. moga dapat bertemu lagi di lembaran akan datang..


0 comments: