Monday 11 January 2010

Majlis Kesyukuran Atas Kejayaan


R
entetan daripada kejayaan Dr. Tarmizi dalam phDnya, majlis kesyukuran telah diadakan sebagai meraikan kejayaan yang digenggami kini.. Pada awalnya majlis pada hari itu juga turut disertakan agenda bersama U.Erfino, akan tetapi disebabkan keadaan dan cuaca yang tidak mengizinkan pada hari itu, maka agenda itu dibatalkan.. Namun, majlis pada hari itu tetap berlangsung dengan meriah dan jayanya..

Ucapan aluan sebagai pembuka majlis pada hari itu oleh Tuan Penghulu..


Seterusnya, ucapan yang diraikan Dr. Tarmizi..



Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan buat Dr. Tarmizi dalam kejayaan beliau.. Moga beliau akan terus berjaya dalam perjalanan hidupnya..


Majlis telah diadakan di Old Hall, Old Building, UWL.. Alhamdulillah, seluruh ahli telah menghadirkan diri pada majlis tersebut.. Majlis bermula kira-kira jam 1 petang dan di ikuti dengan agenda seterusnya..


Selesai ucapan dari yang diraikan, majlis diikuti dengan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan..




Sebelum beredar pulang, sessi bergambar beramai-ramai di luar telah dilaksanakan.. Berkebetulan dengan snow yang masih berbaki dan penuh memutih di luar menjadikan pemandangan sekeliling lebih menarik tika gambar di rakamkan..




Air kolam yang sepatutnya bergelumang dalam kolam di situ juga menjadi beku dek kerana cuaca yang teramat sejuk tika ini.. Air yang beku ini pastinya menjadi perhatian masing-masing terutamanya kanak-kanak yang sangat teruja sehingga melompat-lompat di atas permukaan air yang masih beku itu..



Reaksi dan adegan masing-masing tika berada di luar bangunan..




Kanak-kanak bergilir-gilir pula berdiri di permukaan pancutan air di kolam tersebut, sambil dirakamkan reaksi mereka oleh ibu bapa.. Mereka teruja pastinya sungguh gembira penuh keriangan.. Berlarian ke sana ke mari..







Tidak di lupakan, bergambar kenangan buat kaum muslimat yang hadir pada hari itu..


Majlis berakhir sekitar jam 4 petang dan majlis beredar..


Read More......

Tahniah dan Syabas


A
lhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan Inayah dariNya, kejayaan yang telah di capai oleh rakan-rakan terdahulu kini dapat dikecapi pula pada 2 orang ahli Warga Lampeter. Warga Lampeter mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Dr. Tarmizi dan Dr. Aizan dalam menyempurnakan phD mereka berdua. Moga kejayaan yang di genggami akan memberi semangat untuk ahli yang lain dalam meneruskan perjuangan ilmu ini.

Tahniah buat :

Dr. Ahmad Tarmizi Talib


Syabas buat :

Dr. Aizan Ali Mat Zin



Iringan doa di hulurkan moga Dr. Tarmizi dan Dr. Aizan akan terus berjaya di dunia juga akhirat kelak. Moga Allah akan sentiasa mengiringi dalam menempuhi onak duri kehidupan di bumi sementara ini. Semoga Berjaya dan All the Best!!..


Read More......

Friday 8 January 2010

Snow Sliding @ Highmead


P
embuka tirai 2010 di sini di saluti dengan salju memutih memenuhi di serata ruangan.. Bermula dari 1hb sehinggalah ke hari ini snow masih memenuhi kawasan sekeliling.. Suhu yang sungguh sejuk meningkat tahap kesejukannya dari hari ke hari.. Walau bagaimana kesejukan yang di rasa, ianya tidak menghalang kami semua untuk menikmati kepuasan berada di musim winter yang di hiasi dengan salju putih..

Permainan 'snow sliding' sinonim di waktu snow tebal yang memenuhi tika ini.. Jadi kami beramai-ramai menuju ke highmead untuk memenuhi hasrat kanak-kanak terutamanya juga hasrat di hati..



Kaum ibu dan bapa memerhati gelagat anak-anak yang bermain, tidak lupa merakamkan detik- detik terindah tika menikmati kegembiraan mereka pada hari itu..


Kenangan yang sempat di rakamkan tika masing-masing leka bermain, bermulalah dari tiba ke situ sehinggalah juga sebelum pulang.. Pastinya, kanak- kanaklah yang paling teruja dan gembira dalam permainan itu..






Kaum ibu dan bapa juga turut mengambil peluang yang ada untuk bermain snow sliding pada hari itu.. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing- masing..



Saksikan adegan masing-masing tika bermain snow sliding pada hari itu..




Maka dengan lajunya terus meluncur hingga ke bawah.. Sungguh menyeronokkan..






Satu kali pastinya belum puas bagi kanak-kanak untuk bermain.. Mereka berulang-ulang beberapa kali.. Dari atas meluncur ke bawah.. Naik semula ke atas, dan meluncur lagi ke bawah.. Juga bertukar pasangan bagi merasai kegembiraan bersama rakan-rakan yang lain.. Sejuk yang di rasa seakan hilang tika mereka bermain.. Sampai ada yang basah kuyup seluarnya pun, tapi masih semangat untuk bermain lagi.. Begitulah reaksi kanak-kanak..








Detik manis bersama tika berada di semusim salju ini pasti kenangan gambar telah di rakamkan untuk kenangan di masa mendatang..


Wajah kanak-kanak yang sungguh ceria dan gembira..



Antara yang hadir pada hari itu juga, masing-masing tidak ketinggalan bergambar kenangan semusim ini untuk tatapan di waktu mendatang..



Kaum muslimat yang turut sama memeriahkan suasana pada hari itu..







Selepas berehat seketika untuk menunaikan solat dan mengisi perut, kami keluar semula ke luar bangunan untuk sessi yang seterusnya.. Tika itu, snow semakin lebat turun yang tidak berhenti buat beberapa minit.. 'Mr Snowman' yang terbentuk terus menjadi perhatian ramai untuk bergambar bersama dengannya..









Last but not least, golongan bapa tidak ketinggalan untuk bergambar bersama setelah tidak putus-putus merakamkan kenangan untuk anak-anak dan keluarga masing-masing..




Semusim salju ini pasti akan mekar di ingatan antara kenangan terindah sepanjang perjalanan di bumi 4 musim ini.. Moga segala kenangan yang tercipta akan memberikan senyuman di bibir tika kembali menyingkap coretan perjalanan hidup bersama tautan ukhuwwah 'Warga Lampeter' pada tahun 2010 ini..


Read More......