Monday 11 January 2010

Majlis Kesyukuran Atas Kejayaan


R
entetan daripada kejayaan Dr. Tarmizi dalam phDnya, majlis kesyukuran telah diadakan sebagai meraikan kejayaan yang digenggami kini.. Pada awalnya majlis pada hari itu juga turut disertakan agenda bersama U.Erfino, akan tetapi disebabkan keadaan dan cuaca yang tidak mengizinkan pada hari itu, maka agenda itu dibatalkan.. Namun, majlis pada hari itu tetap berlangsung dengan meriah dan jayanya..

Ucapan aluan sebagai pembuka majlis pada hari itu oleh Tuan Penghulu..


Seterusnya, ucapan yang diraikan Dr. Tarmizi..



Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan buat Dr. Tarmizi dalam kejayaan beliau.. Moga beliau akan terus berjaya dalam perjalanan hidupnya..


Majlis telah diadakan di Old Hall, Old Building, UWL.. Alhamdulillah, seluruh ahli telah menghadirkan diri pada majlis tersebut.. Majlis bermula kira-kira jam 1 petang dan di ikuti dengan agenda seterusnya..


Selesai ucapan dari yang diraikan, majlis diikuti dengan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan..




Sebelum beredar pulang, sessi bergambar beramai-ramai di luar telah dilaksanakan.. Berkebetulan dengan snow yang masih berbaki dan penuh memutih di luar menjadikan pemandangan sekeliling lebih menarik tika gambar di rakamkan..




Air kolam yang sepatutnya bergelumang dalam kolam di situ juga menjadi beku dek kerana cuaca yang teramat sejuk tika ini.. Air yang beku ini pastinya menjadi perhatian masing-masing terutamanya kanak-kanak yang sangat teruja sehingga melompat-lompat di atas permukaan air yang masih beku itu..



Reaksi dan adegan masing-masing tika berada di luar bangunan..




Kanak-kanak bergilir-gilir pula berdiri di permukaan pancutan air di kolam tersebut, sambil dirakamkan reaksi mereka oleh ibu bapa.. Mereka teruja pastinya sungguh gembira penuh keriangan.. Berlarian ke sana ke mari..







Tidak di lupakan, bergambar kenangan buat kaum muslimat yang hadir pada hari itu..


Majlis berakhir sekitar jam 4 petang dan majlis beredar..


0 comments: