Friday 10 September 2010

1 Syawal 1431H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Berbekalkan nikmat dan inayah dariNya.. Aidilfitri dapat lagi dipertemukan untuk kali ini.. Pastinya, sambutan di perantauan tidaklah semeriah suasana di m'sia, tambah-tambah lagi tidak dapat meraikan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.. Namun, Syawal di perantauan ini dapat kami raikan dengan penuh kesyukuran dalam kemeriahan..



Seperti biasa, di pagi hari laungan takbir dilaungkan beramai-ramai diikuti sembahyang sunat hari raya dan juga bacaan khutbah yang disampaikan oleh Dr Mawil.




Disusuli majlis bersalam bermaafan bersama muslimin dan muslimat yang hadir di pagi Syawal.. Mohon agar ukhuwwah yang terjalin akan terus kekal berpanjangan di samping sentiasa dalam Redha Ilahi.. Ameen..


Antara hidangan kuih muih yang disedikan bersempena hari raya ini..



Juga kek istimewa yang dihias pada 1 Syawal..


Seterusnya, majlis menjamu selera dengan hidangan yang tersedia..


Tidak dilupakan, bergambar kenangan bersama-sama pada hari Lebaran yang mulia..





Moga Aidilfitri yang diraikan mendapat payungan Rahmat Ilahi.. Moga dengan keizinan dariNya, dapat dipertemukan kembali pada Syawal akan datang.. InSya Allah..
Wassalam..


Read More......

Thursday 9 September 2010

Menjelang Syawal


Pada hari terakhir Ramadhan 1431h bersempena malam menjelang 1 Syawal, kami berbuka puasa beramai-ramai di dewan yang juga menjadi tempat untuk kami meraikan lebaran pada kali ini.. Makanan telah disediakan secara pot luck.. Selain seluruh ahli warga lampeter, beberapa buah family dari Haverfordwest, Tenby dan Manchester turut sama bersama kami meraikan majlis pada malam itu..




Gambar kenangan tika menikmati hidangan berbuka puasa. Kanak-kanak yang secara keseluruhannya berpuasa penuh selama sebulan, walau di permulaan puasa waktunya yang agak panjang. Namun, mereka dapat melaksanakan puasa dengan baik. Jadi, hari terakhir ini sangat bermakna buat mereka.




Sesudah menunaikan solat secara berjemaah, majlis bertakbir beramai-ramai sebagai tanda kesyukuran di bulan yang mulia ini..





Moga akan dapat dipertemukan lagi pada Ramadhan mendatang.. Juga, mohon agar segala amalan yang dilakukan diterima dan dikira di sisi Ilahi sebagai bekalan di dunia abadi kelak.. Ameen..


Read More......

Tuesday 7 September 2010

Majlis Khatam Quran


Pada 28 Ramadhan lalu, majlis khatam Quran beramai-ramai telah diadakan di masjid Lampeter.. Khusus bagi meraikan sebulan Ramadhan ini.. Majlis bermula dengan ucapan Dr Mawil dan diikuti dengan bacaan beramai-ramai seterusnya di sambung dengan bacaan oleh kanak-kanak..




Kanak-kanak yang bersemangat menjayakan majlis khatam Quran ini..




Selesai bacaan doa, zikir khatam Quran dilaungkan beramai-ramai.. Moga majlis ini mendapat keberkatan di sisi Ilahi.. Amin Ya Rabbal Alamin..





Majlis jamuan ringan sesudah majlis berakhir dan sebelum majlis bersurai..


Alhamdulillah, majlis telah dilaksanakan dengan baik berkat kejersama dari semua pihak.. Moga majlis khatam Quran ini akan dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.. InSya Allah.. Moga segala amal yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima di sisi Allah taala.. Amin..



Read More......

Monday 11 January 2010

Majlis Kesyukuran Atas Kejayaan


R
entetan daripada kejayaan Dr. Tarmizi dalam phDnya, majlis kesyukuran telah diadakan sebagai meraikan kejayaan yang digenggami kini.. Pada awalnya majlis pada hari itu juga turut disertakan agenda bersama U.Erfino, akan tetapi disebabkan keadaan dan cuaca yang tidak mengizinkan pada hari itu, maka agenda itu dibatalkan.. Namun, majlis pada hari itu tetap berlangsung dengan meriah dan jayanya..

Ucapan aluan sebagai pembuka majlis pada hari itu oleh Tuan Penghulu..


Seterusnya, ucapan yang diraikan Dr. Tarmizi..



Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan buat Dr. Tarmizi dalam kejayaan beliau.. Moga beliau akan terus berjaya dalam perjalanan hidupnya..


Majlis telah diadakan di Old Hall, Old Building, UWL.. Alhamdulillah, seluruh ahli telah menghadirkan diri pada majlis tersebut.. Majlis bermula kira-kira jam 1 petang dan di ikuti dengan agenda seterusnya..


Selesai ucapan dari yang diraikan, majlis diikuti dengan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan..




Sebelum beredar pulang, sessi bergambar beramai-ramai di luar telah dilaksanakan.. Berkebetulan dengan snow yang masih berbaki dan penuh memutih di luar menjadikan pemandangan sekeliling lebih menarik tika gambar di rakamkan..




Air kolam yang sepatutnya bergelumang dalam kolam di situ juga menjadi beku dek kerana cuaca yang teramat sejuk tika ini.. Air yang beku ini pastinya menjadi perhatian masing-masing terutamanya kanak-kanak yang sangat teruja sehingga melompat-lompat di atas permukaan air yang masih beku itu..



Reaksi dan adegan masing-masing tika berada di luar bangunan..




Kanak-kanak bergilir-gilir pula berdiri di permukaan pancutan air di kolam tersebut, sambil dirakamkan reaksi mereka oleh ibu bapa.. Mereka teruja pastinya sungguh gembira penuh keriangan.. Berlarian ke sana ke mari..







Tidak di lupakan, bergambar kenangan buat kaum muslimat yang hadir pada hari itu..


Majlis berakhir sekitar jam 4 petang dan majlis beredar..


Read More......