Saturday 28 November 2009

Majlis Sambutan 'Idul Adha..


'Idul Adha diraikan dengan penuh kesyukuran pada 10 Zulhijjah bersamaan 27 November lalu.. Sambutan diadakan di EIHS, Llanybydder.. Seperti biasa, majlis bermula dengan laungan takbir diikuti dengan solat sunat 'IdulAdha beserta khutbah yang telah di sampaikan oleh Dr. Mawil..


Alhamdulillah, sambutan pada hari itu telah dihadiri dengan pelbagai jenis bangsa yang beragama Islam yang juga mendiami di kawasan higmead sendiri, Lampeter dan Carmarthen.. Majlis diraikan dengan penuh kesyukuran dalam kemeriahan pada hari tersebut bercahayakan sinaran matahari yang kurang bersinar kebelakangan ini.. Walaubagaimanapun, cuaca cerah benderang di pagi raya itu menambahkan seri dalam meraikan hari yang penuh berbahagia ini..


Selepas selesai bacaan khutbah raya, sesi salam bersalaman maaf bermaafan antara satu sama lain.. tanda ikatan ukhuwwah fillah yang terbina di bumi Wales ini..






Golongan kanak-kanak yang sentiasa menjadi tumpuan ramai dengan gaya dan gelagat mereka tersendiri.. Yang pastinya menambahkan kemeriahan yang sedia ada pada hari itu..



Persembahan sketsa telah dipersembahkan oleh beberapa orang pelajar EIHS sejurus selepas bersalaman sesama yang hadir..





Seterusnya, menuju ke dewan makan untuk majlis jamuan.. Pelbagai hidangan yang tersedia pada hari itu.. tidak kurang juga dengan hidangan nasi himpit, rendang dan kuah kacang yang disediakan oleh ahli warga Lampeter sendiri..



Wajah-wajah ceria di pagi 'Idul Adha yang mulia..





Alhamdulillah, majlis pada hari itu berjalan lancar dan kemeriahan juga terasa.. Walau mungkin kemeriahan sambutan itu tidak setanding dengan kemeriahan meraikan di M'sia bersama keluarga dan sanak saudara tersayang, namun kesyukuran tetap dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan ini.. Moga kita semua akan terus diberikan usia yang InSya Allah, jika diizinkan Allah, moga kita dapat bertemu lagi di Idul Adha akan datang.. Ameen..


Read More......

Wednesday 18 November 2009

Majlis Tautan Ukhuwwah


Majlis Perpisahan Dr. Razaleigh Sekeluarga
&
Majlis Meraikan Ayahbonda Ustaz Firdaus


Bersempena keberangkatan pulang keluarga salah seorang ahli iaitu Dr Razaleigh yang telah hampir tiga tahun menjalin ukhuwwah di bumi Lampeter ini, majlis perpisahan diadakan untuk beliau sekeluarga sebagai kenangan terakhir sebelum kepulangan beliau sekeluarga.. Juga sempena meraikan kehadiran ayahbonda kepada salah seorang ahli iaitu Ustaz Firdaus atas kunjungan mereka ke sini..


Majlis telah diadakan di teratak Ustaz Aziz yang juga merupakan ahli baru yang baru menjejaki bumi Lampeter juga menjalin ukhuwwah dalam Warga Lampeter. Terima kasih atas kesudian untuk bertandang ke teratak beliau, di samping masih segar di ingatan segala kenangan manis bersama Ustaz Tarmizi sekeluarga yang mana beliau sekeluarga mendiami teratak tersebut sebelum ini.. Teratak yang sentiasa menjadi turun temurun dari dulu sehinggalah kini..


Majlis bermula dengan ucapan yang diraikan Dr. Razaleigh yang juga Penghulu Warga Lampeter sebelum ini serta Puan Nahariah merangkap isteri beliau selaku Penghuluwati sebelum ini juga.. Ucapan dan kata-kata terakhir dari mereka berdua untuk semua yang hadir..

Diikuti dengan menjamu selera..



Menu pada hari itu ialah nasi lemak dan juga pelbagai hidangan kuih muih serta buah-buahan yang telah di sajikan..




Begitulah lumrah kehidupan "Pertemuan Berakhir Perpisahan".. Walau bagaimanapun, moga ini bukanlah perpisahan selamanya, semoga dapat berjumpa lagi dan kembali menjalin ukhuwwah suatu hari nanti.. InSya Allah, semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus berkekalan dan juga di berkati oleh Allah s.w.t. Ameen..



Wajah kanak-kanak comel yang menghiasi majlis ketika itu..

adik Zalifah..

adik Adam..


Kehadiran ayahbonda Ustaz Firdaus ke sini juga untuk kali ketiga, yang mana ukhuwwah yang terjalin antara mereka dan semua ahli sudah terjalin rapi.. Moga dapat dipertemukan jua lagi di masa mendatang.. InSya Allah..



Kenangan tika majlis tersebut..




Ucapan terima kasih jua iringan doa dari Warga Lampeter buat Dr. Razaleigh sekeluarga atas segala bantuan, kerjasama, jalinan ukhuwwah dan segala-galanya.. Sekalung ucapan tahniah juga atas kejayaan beliau dalam phDnya.. Semoga terus berjaya dan selamat maju jaya.. Semoga kita semua dapat dipertemukan lagi dan akan dipertemukan semula suatu hari nanti.. InSya Allah..


Read More......

Friday 13 November 2009

Kunjungan ke Teratak Ustaz Zaidi Sekeluarga


Warga Lampeter menerima undangan istimewa dari Ustaz Zaidi sekeluarga ke teratak mereka bagi mengalu2kan kepulangan semula beberapa sahabat ke bumi Lampeter ini. Di samping kembali menyemai ikatan ukhuwwah sesama semua ahli bagi yang kembali semula ke sini mahupun yang berada di bumi Lampeter ini..

Antara kenangan di majlis tersebut..



Rentetan daripada beberapa orang ahli juga yang diraikan bagi kanak-kanak yang menyambut hari ulangtahun kelahiran di bulan Oktober, maka upacara kek juga telah diadakan.. Ianya sekadar mengingati hari kelahiran mereka, lebih-lebih lagi berkebetulan dengan agak ramai yang meraikannya di bulan yang sama iaitu bulan Oktober.


Kanak-kanak bergambar bersama kek yang tersedia.. Berbagai gelagat mereka yang terkadang melucukan bagi yang memerhati..



Adik Insyirah : 1hb Oktober
Adik Alia : 16hb Oktober
Adik Zahirah & Zakirah : 17hb Oktober
Adik Asyrifa : 24hb Oktober



Seterusnya upacara memotong kek diiringi dengan menikmati kek tersebut..



Kaum muslimin dengan agenda mereka yang tersendiri sesudah menikmati pelbagai juadah yang di sediakan pada hari itu termasuklah laksa istimewa Puan Iza..


adik Athira yang comel..


Seperti biasa, majlis berlangsung dengan kemeriahan diiringi gelak tawa kanak-kanak.. Semua warga dapat menghadirkan diri, cuma Ustaz Razali sekeluarga tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan tersendiri.. Majlis bersurai..


Read More......