Tuesday 23 June 2009

Sukaneka Warga


S
ukaneka Warga Lampeter
Cellan Millenium Hall
20th June 2009


Sukaneka & Hari Keluarga untuk Warga Lampeter diadakan untuk yang kesekian kalinya.. Walaupun beberapa ahli tidak dapat menghadirkan diri, namun majlis dapat diteruskan dengan jayanya.. Alhamdulillah..


Pelbagai acara permainan telah dipermainkan seperti acara untuk kanak2: Isi air dalam botol, Lari kaki tiga, Bawa kusyen atas kepala, Bawa getah dalam straw, Bawa bola dalam sudu, Kepit bola di kaki dan Skipping rope.. Manakala untuk baby, ialah mengutip seberapa banyak gula-gula..


Pembahagian kumpulan bagi kanak-kanak..


Acara Lari kaki tiga..


Seterusnya, acara Skipping rope.. Kumpulan 3 iaitu kumpulan Syakira telah mendahului bagi acara ini..



Bagi acara Bawa bola dalam sudu pula, telah dimenangi oleh Kumpulan 2 iaitu Kumpulan Aliya..



Acara Isi air dalam botol adalah salah satu acara kegemaran kanak-kanak.. Bagi acara ini pula, Kumpulan 1 iaitu Kumpulan Fuaad telah mendapat tempat pertama..





Aksi kanak-kanak dalam acara isi air dalam botol.. Ada yang air tak masuk langsung dalam botol.. :) Paling penting, semangat berlari dan nak menang sentiasa ada.. :)




Acara Bawa kusyen atas kepala..





Permainan Kepit bola di kaki adalah permainan yang paling melucukan.. Ibu-ibu yang memerhati, tidak kering gusi melihat telatah anak-anak melompat sambil mengepit bola di kaki.. Semangat kanak-kanak yang ingin menang, mengatasi kelucuan masing-masing dalam memainkan game tersebut.. Sekali lagi kumpulan 3 memenangi tempat pertama bagi acara ini..





Setelah habis acara di luar, semua di jemput masuk ke dalam dewan.. Mendengar ucapan dari Dr Dawood dan isterinya.. Di ikuti dengan menjamu selera, makan tengahari..



Acara permainan di sambung kembali.. Bagi acara baby iaitu mengutip gula-gula.. Juga acara mencari kasut ayah dan ibu bagi wakil setiap keluarga.. Tak lupa acara memecahkan belon lawan.. Saksikan sedutan semasa acara tersebut.. riuh rendah, gamat di buatnya dewan.. :)





Acara kutip gula-gula dimenangi oleh:
  1. Adik Adam
  2. Adik Zalifah
  3. Adik Insyirah
  4. Adik Athira


Kemudian, beralih kepada permainan untuk Kaum Ibu.. iaitu Menyiapkan anak dalam keadaan menutup mata.. Para ibu diminta memakaikan baju, kain, tudung, kasut dan bedak pada anak.. Sambil anak diminta untuk diam sahaja..

Acara ini dimenangi oleh:
  1. Puan Mimi
  2. Puan Roslina
  3. Puan Nohanizam


Kak Zue..

Kak Iza..

Kak Na..

Kak Arena..


Bagi acara suami isteri pula, acara "Tautan Hati ke Hati".. Pasangan diminta menutup mata, dan dikehendaki mencari barang yang diperlukan dengan mengikut arahan dari si anak..



Acara ini dimenangi oleh:
  1. Ustaz Khairuddin & Pn. Zunita
  2. Ustaz Razaleigh & Pn. Nahariah
  3. Ustaz Zaidi & Pn. Nohanizam





Acara terakhir iaitu untuk kaum bapa.. Acaranya ialah Membawa anak atas kaki..



Acara ini pula dimenangi oleh:
  1. Abg. Azman
  2. Ustaz Razaleigh
  3. Ustaz Zaidi

Acara kemuncak ialah acara penyampaian hadiah kepada pemenang.. Untuk kali ini ada "Anugerah Khas Istimewa Warga Lampeter 2009"

  • Anugerah 'Raja Carboot' :
Ustaz Khairuddin & Puan Zunita


  • Anugerah 'Raja Ebay'
Ustaz Tarmizi & Puan Roslina




  • Anugerah 'Raja Royal Albert' :
Ustaz Razaleigh & Puan Nahariah

  • Anugerah Raja 'Ulat Buku' :
Ustaz Wan Adli Wan Ramli




  • Anugerah 'Bapa & Ibu Mitahli' telah di pegang oleh:
Abg Azman & Puan Arena



Majlis bersurai kira-kira pada jam 4 petang..





Majlis bersurai.. Wassalam..


Read More......

Tuesday 16 June 2009

Pembrey Country Park


W
arga telah bersepakat ke Pembrey Park pada hari Sabtu lepas.. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut begitu cerah sekali.. Pada jam 10 pagi, kami semua berkumpul di kawasan tempat letak kereta di Coop.. Sebelum memulakan perjalanan, beberapa keping gambar sempat di rakamkan sebagai kenangan bersama..



Gambar beramai-ramai sementara menanti kehadiran ahli-ahli yang lain..


Wajah-wajah ceria di pagi hari..


Tidak di lupakan juga, wajah-wajah riang gembira kanak2..





Itulah antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan.. Lebih kurang pada jam 12.30 tengahari, kami tiba di sana dan terus mencari tempat yang sesuai untuk bersantai.. Setibanya di sana, semua terlebih dahulu menjamu selera untuk makan tengahari.. Di ikuti dengan BBQ pula dan juga aktiviti-aktiviti bebas..















Bagi kaum muslimat, usrah juga telah diadakan di sana, untuk mengisi ruang kekosongan yang ada setelah masing-masing selesai menunaikan solat dan sebagainya.. Manakala, kanak-kanak membawa haluan masing-masing memenuhi keluasan taman di situ dengan pelbagai aktiviti mereka..




Sebelum berangkat ke tepian pantai, kami semua bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di suatu masa..




Setibanya di pantai, kanak-kanak yang dari mula asyik bertanya bilakah masa untuk ke pantai.. Terus saja mereka berlari menuju ke permukaan air dan terus melabuhkan diri mereka di dalam air pantai yang tidaklah sesejuk mana.. Akan tetapi, angin-angin yang bertiup membuatkan masing2 terketar-ketar menggigil kesejukan.. Namun, mereka tetap berpuas hati..






Kira-kira pada jam 7 malam, kami semua berangkat pulang.. Walaupun keletihan, namun semuanya terhibur dengan trip tersebut.. Wassalam..


Read More......