Tuesday 16 June 2009

Pembrey Country Park


W
arga telah bersepakat ke Pembrey Park pada hari Sabtu lepas.. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut begitu cerah sekali.. Pada jam 10 pagi, kami semua berkumpul di kawasan tempat letak kereta di Coop.. Sebelum memulakan perjalanan, beberapa keping gambar sempat di rakamkan sebagai kenangan bersama..



Gambar beramai-ramai sementara menanti kehadiran ahli-ahli yang lain..


Wajah-wajah ceria di pagi hari..


Tidak di lupakan juga, wajah-wajah riang gembira kanak2..





Itulah antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan.. Lebih kurang pada jam 12.30 tengahari, kami tiba di sana dan terus mencari tempat yang sesuai untuk bersantai.. Setibanya di sana, semua terlebih dahulu menjamu selera untuk makan tengahari.. Di ikuti dengan BBQ pula dan juga aktiviti-aktiviti bebas..















Bagi kaum muslimat, usrah juga telah diadakan di sana, untuk mengisi ruang kekosongan yang ada setelah masing-masing selesai menunaikan solat dan sebagainya.. Manakala, kanak-kanak membawa haluan masing-masing memenuhi keluasan taman di situ dengan pelbagai aktiviti mereka..




Sebelum berangkat ke tepian pantai, kami semua bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di suatu masa..




Setibanya di pantai, kanak-kanak yang dari mula asyik bertanya bilakah masa untuk ke pantai.. Terus saja mereka berlari menuju ke permukaan air dan terus melabuhkan diri mereka di dalam air pantai yang tidaklah sesejuk mana.. Akan tetapi, angin-angin yang bertiup membuatkan masing2 terketar-ketar menggigil kesejukan.. Namun, mereka tetap berpuas hati..






Kira-kira pada jam 7 malam, kami semua berangkat pulang.. Walaupun keletihan, namun semuanya terhibur dengan trip tersebut.. Wassalam..


0 comments: