Thursday 16 July 2009

BBQ @ Riverside


W
arga Lampeter sekali lagi bersepakat untuk mengadakan BBQ untuk yang kesekian kalinya.. Kali ini BBQ telah di taja khas oleh Dr. Asri.. Seperti biasa, kami mengadakannya di Riverside UWL.. Berbeza suasana kali ini dengan yang lepas-lepas.. Kali ini suasana di situ lengang dengan student dan orang ramai berbanding dengan yang lepas.. Oleh kerana, cuti summer sudah bermula, suasana di university agak sepi seketika ini.. Pada hari itu, hanya kami sahaja yang ber'bbq' di situ.. Alhamdulillah, cuaca baik pada hari itu walaupun tidaklah secerah dengan pancaran sinaran matahari.. Namun, majlis tetap berjalan seperti biasa..



Kawasan yang luas dan padang yang terbentang itu mampu membuatkan kanak-kanak berlarian bermain dan menghiburkan hati mereka.. Ada yang bermain basikal, layang-layang dan macam-macam lagi.. Apa yang pasti, kanak-kanak sentiasa terhibur dengan gaya dan gelagat mereka yang tersendiri..



Sebuah keluarga dari Haverfordwest turut sama memeriahkan majlis ini.. Seperti biasa juga, pelbagai aneka juadah dan kuih muih tersedia, di samping daging bbq.. Beberapa keluarga arab dari Libya juga turut sama menghadiri bbq pada kali ini..









Majlis sambutan hari lahir untuk adik Afifah juga mengisi majlis pada petang itu.. 'Selamat Hari Lahir ke 6'..





Kaum lelaki turut beriadah dengan bermain badminton sebelum masing-masing beredar.. Kami beredar pada jam 5 petang..



Read More......

Thursday 9 July 2009

Fruit Picking & Rhossili Beach


U
ntuk yang kesekian kalinya, Warga Lampeter sekali lagi berkonvoi beramai-ramai.. Destinasi kali ini ialah Swansea, bertujuan untuk memetik strawberi di sebuah ladang di sana.. Rombongan kali ini disertai oleh keluarga dari Swansea, Haverfordwest dan Tenby. Lebih kurang pada jam 9 pagi, kami bertolak beramai-ramai menuju ke Swansea. Destinasi pertama yang di tuju ialah 'carboot', walaupun cuaca yang kadangkala hujan, Alhamdulillah setibanya di ladang tersebut cuaca kembali cerah..


Desas desus mengatakan yang ada 2 ladang strawberi yang biasa di kujung di Swansea.. Salah satu daripadanya mempunyai buah yang jauh lebih besar dari yang satu lagi.. Akibat mengimpikan buah strawberi yang besar-besar, kami tersesat sehingga ke hujung jalan.. Akhirnya, ladang strawberi yang dikatakan mengandungi buah yang hanya kecil-kecil sahaja yang kami kunjungi..

Ikuti ragam masing-masing sebelum memasuki ke ladang itu..



Kanak-kanak begitu teruja dan masing-masing membawa bakul dengan harapan dapat mengumpul seberapa banyak buah strawberi nanti.




Seterusnya, kami semua masuk ke ladang tersebut.. Di ladang itu, bukan hanya ada untuk buah strawberi sahaja, malah ada juga beberapa buah lain..



Setibanya di ladang itu, masing-masing mencari posisi tersendiri untuk memetik buah strawberi khususnya.. Terutama kanak-kanak yang berlumba-lumba untuk memenuhkan bakul mereka.. Ada yang memetik tanpa menghiraukan walau saiz buah itu hanya kecil.. Begitulah semangat yang ada dalam diri si kecil ini..




Sambil memetik, kami juga puas menikmati kemanisan strawberi di situ.. Kebanyakan buah yang di petik manis rasanya berbanding yang masam.. Mungkin hanya ada beberapa saja yang tidak berapa manis..

Jom tengok hasil dari petikan jejari masing-masing..






Bersembang seketika sambil menikmati buah-buah yang telah di petik sebelum berangkat keluar dari ladang.. Tidak lama selepas itu, hujan pun turun.. Alhamdulillah, sepanjang kami memetik buah-buah itu, cuaca cerah tanpa hujan..


Selepas selesai membuat pembayaran, kami berkelah seketika untuk menikmati juadah makan tengahari.. Masing-masing kelaparan memandangkan sudah agak petang juga, baru kami semua makan..





Seperti biasa sebelum bertolak pulang untuk ke destinasi seterusnya, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di musim yang benderang ini..




Seterusnya kami singgah sebentar di Rhossili Beach, di mana pantai yang memang sungguh cantik sekali.. Kami hanya menjamu mata memandangkan masa sudah petang.. Pemandangan dari jauh, kelihatan ramai orang bermandi manda memenuhi persisiran pantai di situ.. Sungguh menarik pemandangan di situ, di hiasi dengan bukit bukau yang kehijauan..








Kami bertolak pulang ke rumah masing-masing lebih kurang pada jam 7 malam.. Siang yang panjang di musim panas ini lebih memberikan kepuasan dalam perjalanan..




Read More......