Thursday 16 July 2009

BBQ @ Riverside


W
arga Lampeter sekali lagi bersepakat untuk mengadakan BBQ untuk yang kesekian kalinya.. Kali ini BBQ telah di taja khas oleh Dr. Asri.. Seperti biasa, kami mengadakannya di Riverside UWL.. Berbeza suasana kali ini dengan yang lepas-lepas.. Kali ini suasana di situ lengang dengan student dan orang ramai berbanding dengan yang lepas.. Oleh kerana, cuti summer sudah bermula, suasana di university agak sepi seketika ini.. Pada hari itu, hanya kami sahaja yang ber'bbq' di situ.. Alhamdulillah, cuaca baik pada hari itu walaupun tidaklah secerah dengan pancaran sinaran matahari.. Namun, majlis tetap berjalan seperti biasa..



Kawasan yang luas dan padang yang terbentang itu mampu membuatkan kanak-kanak berlarian bermain dan menghiburkan hati mereka.. Ada yang bermain basikal, layang-layang dan macam-macam lagi.. Apa yang pasti, kanak-kanak sentiasa terhibur dengan gaya dan gelagat mereka yang tersendiri..



Sebuah keluarga dari Haverfordwest turut sama memeriahkan majlis ini.. Seperti biasa juga, pelbagai aneka juadah dan kuih muih tersedia, di samping daging bbq.. Beberapa keluarga arab dari Libya juga turut sama menghadiri bbq pada kali ini..









Majlis sambutan hari lahir untuk adik Afifah juga mengisi majlis pada petang itu.. 'Selamat Hari Lahir ke 6'..





Kaum lelaki turut beriadah dengan bermain badminton sebelum masing-masing beredar.. Kami beredar pada jam 5 petang..



0 comments: