Saturday 3 October 2009

Kemeriahan di Pagi 1 Syawal Yang Mulia..


Pagi 1 Syawal yang mulia, iringan takbir memuji kebesaran Ilahi bergema di Arts Hall, University of Wales Lampeter.. yang mana merupakan tempat bagi kami meraikan hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini.. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri diiringi bacaan khutbah hari raya, iringan takbir di alaunkan terlebih dahulu..


Wajah-wajah ceria di pagi Aidilfitri.. Walau beraya di perantauan, namun kemeriahan tetap dapat dirasakan oleh kami semua di sini.. Menyambut raya di bumi M'sia atau di perantauan, terdapat erti kata dan pengertian yang tersendiri..



Lebih kurang pada jam 9.30 pagi, kami semua menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah yang diimankan oleh Dr. Mawil Izeddin..



Diikuti dengan bacaan khutbah sejurus solat sunat Aidilfitri di laksanakan..


antara yang hadir..


Tidak lupa juga dengan etika salam bersalaman, maaf memaafi sesama muslimin..




Selepas berakhir khutbah, menikmati hidangan yang ada di pagi raya.. Jumlah muslim yang hadir pada hari itu boleh dikatakan ramai.. membuatkan suasana dewa pada hari itu ceria dengan gelak tawa, senda gurau sesama yang hadir..



Masing-masing sedang menikmati hidangan, setelah sebulan berpuasa di Ramadhan lalu..




Majlis telah dihiasi dengan seorang tetamu yang hadir, yang mana beliau telah menyampaikan sebuah lagu untuk dendangan buat semua yang hadir pada hari itu..



Kanak-kanak adalah golongan yang sungguh gembira dalam meraikan kemeriahan Syawal..




Seterusnya, kaum muslimat sembat bergambar kenangan beramai-ramai pada hari tersebut.. sebagai kenangan di masa mendatang..



Juga buat 3 orang hero Lampeter yang menjalin sahabat di bumi Lampeter ini..

adik Fuaad, adik Hadif & adik Mohd..


Sebelum beredar pulang ke destinasi seterusnya, beberapa ahli yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di luar bangunan.. yang mana cuaca cerah mengiringi suasana hari raya pertama buat kami di sini..




Teratak pertama yang kami kunjungi ialah teratak Abg. Azman sekeluarga yang mana merupakan teratak yang paling berhampiran dengan tempat Aidilfitri diraikan di pagi Syawal.. Sejarah berulang kembali, di mana teratak ini jugalah teratak pertama yang diziarahi pada Lebaran tahun lalu.. Menu istimewa yang disediakan ialah nasi himpit beserta kuah lodeh dan kuah kacang.. Menu seperti ini adalah antara menu yang mengingatkan diri tika berhari raya di M'sia nun di sana..



Selepas mengunjungi teratak Abg. Azman sekeluarga, kami meneruskan kunjungan ke teratak Tok penghulu iaitu Ustaz Razaleigh sekeluarga pula.. Kenalan muslim lain yang bukan berbangsa melayu yang menetai di Lampeter ini juga turut sama menziarahi ke teratak warga Lampeter yang lain..


Menu yang cukup sebati di jiwa pada hari raya seperti nasi himpit, kuah kacang, kuih raya memang menjadi menu utama bagi kami di sini pada hari Lebaran.. Walau jauh di perantauan, menu sebegini tetap menjadi hidangan utama pada hari raya.. Itulah antara hidangan yang telah disediakan di teratak tok penghulu, tambahan dengan rendang dan pulut kuning..



bahagia di hari Lebaran..


*********************************


Menjelang Syawal kedua, kami beramai-ramai mengunjungi teratak Ustaz Dahlan sekeluarga sempena hari yang mulia ini, ziarah menziarahi juga maaf bermaafan antara satu sama yang lain..


Pelbagai jenis hidangan yang tersedia, termasuklah menu istimewa pada hari itu iaitu nasi kerabu dan juga kek serta kuih muih yang bermacam..


menjamu selera..

Sebelum pulang, kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di hari yang berbahagia ini..


kenangan bersama..


Laungan Selamat Hari Raya istimewa oleh warga cilik Lampeter, sempena hari Lebaran yang berbahagia untuk semua..



Warga Lampeter mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir & Batin


0 comments: