Thursday 17 September 2009

Menjelang Syawal Tiba..


R
aya seakan tidak sempurna tanpa hidangan kuih raya bersempena menyambut hari raya yang menjelang tiba beberapa hari saja lagi.. Walaupun jauh di perantauan dan walau keadaan juga berbeza jika dibandingkan dengan tanahair.. Namun, kami tetap sama-sama bersepakat untuk menyediakan hidangan biskut raya untuk santapan di pagi Syawal..

Seperti dua tahun lalu, kami juga beramai bergotoyong raya menjayakan hidangan biskut raya ini.. Antara yang bekerja keras menyiapkan kuih ini ialah Naha, Bib dan Roslina..


Alhamdulillah, setelah beberapa hari mengadun, membakar dan menyiapkan kuih yang dibuat.. Hasilnya beberapa jenis kuih yang tersedia seperti kuih siput, biskut badam, chocolate chips dan biskut arab..


biskut arab..


Sepanjang pembikinan biskut raya ini, kami telah menyiapkan kesemua kuih raya di rumah salah seorang kawan iaitu Samira.. Ribuan terima kasih juga diucapkan kerana menerima kami untuk menyediakan kuih bersempena raya nanti..


Pada beberapa hari di setiap lebih kurang jam 10.30 pagi sehinggalah 2.30 petang, itulah waktu yang telah sama-sama diluangkan semata-mata menjayakan visi biskut raya untuk tahun ini..

antara yang hadir..



Ini juga adalah kenangan terakhir dari Cikgu Roslina untuk bersama mengikuti segala aktiviti sepanjang berada di bumi Lampeter ini.. Beliau sekeluarga akan pulang meninggalkan kami di sini dengan seribu satu kenangan bersama sepanjang menjalin ukhuwwah di sini.. Maka, inilah biskut raya terakhir yang dari air tangan beliau juga..



Antara kenangan sepanjang membuat biskut menjelang raya..




InSya Allah, biskut yang tersedia akan dihidangkan di pagi Syawal berserta dengan hidangan-hidangan yang lain.. Moga sama-sama dapat meraikan Lebaran nanti dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan kegembiraan..


Di kesempatan yang ada, kemaafan dipohon dari setiap individu dan juga keluarga Warga Lampeter kepada semua terutama keluarga besar Warga Lampeter jika ada keterlanjuran kata dan bahasa atau salah laku sepanjang bersama samada di sedari atau sebaliknya.. Semoga dengan kedatangan Aidilfitri ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita semua..

Selamat Menyambut Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..


0 comments: