Sunday 19 April 2009

BBQ @ Riverside



Sempena meraikan kepulangan Ustaz Zuhdi sekeluarga, warga Lampeter telah menganjurkan majlis BBQ di Riverside.. Majlis bermula di sekitar jam 12 tengahari dan selesai pada jam 6 setengah petang.. Di mulakan dengan memanggang daging dan di ikuti dengan menikmati kelazatan BBQ.. Di samping bermacam juadah yang telah di sediakan oleh kaum ibu.. Dan diikuti dengan pencuci mulut, iaitu aiskrim.. memandangkan cuaca yang sangat cerah pada hari itu, bersesuaian untuk menikmati aiskrim..


B
erikut gambar2 yang sempat di rakamkan pada hari tersebut..







Si cilik dan si cute Warga Lampeter..








Seperti biasa, kanak2 merupakan golongan yang paling gembira.. berlari, bermain ke sana sini.. yang masuk ke dalam sungai pun ada.. ;) Masing2 sangat teruja bila dapat berjumpa kawan2.. Apatah lagi, biasanya hanya berada di rumah yang kadangkala cuaca tidak mengizinkan untuk bermain di luar rumah.. So, inilah peluang berharga untuk mereka semua..









Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.. Boleh dikatakan semua ahli dapat turut serta majlis ini.. Dan inilah majlis bersama warga yang terakhir bagi Ustaz Zuhdi sekeluarga.. Di doakan moga kita akan dapat berjumpa lagi di lain arena, InSya Allah..










Sekian untuk kali ini.. InSya Allah, bertemu lagi di lain BBQ.. ;)



0 comments: