Friday 28 August 2009

Ramadhan Yang Mulia..


S
alam Ramadhan Al-Mubarak 1430H



Alhamdulillah, bertemu kembali Ramadhan untuk tahun ini. Ramadhan pada kali ini berkebetulan berlangsung di waktu cuti sekolah. Juga berada di penghujung musim panas di sini yang mana masih lagi berada dalam keadaan siang yang agak panjang. Walau bagaimana sekalipun, Warga Lampeter menyambut kedatangan bulan kemuliaan ini dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan. Alhamdulillah, setelah berbincang dan kami bersepakat untuk meraikan bulan puasa ini bermula pada 22hb Ogos 2009 iaitu bersamaan 01 Ramadhan 1430H.


Bermulalah coretan perjalanan Ramadhan kami di perantuan ini..



Seminggu berada di bulan maghfirah ini, kami sama-sama meraikan saat berbuka puasa bersama-sama di masjid. Masjid yang tidak kurang kecil itu tetap mampu mengisi ruangan untuk kami menunaikan solat dan berbuka puasa juga bersama dengan beberapa orang muslim yang turut sama berada di sana.


pose istimewa sebelum menikmati hidangan..


Kaum muslimat bersepakat menetapkan menu tertentu pada setiap hari berbuka puasa. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi ayam, nasi lemak, nasi beriyani dan juga nasi putih berlauk untuk seminggu di bulan ramdhan ini. Juga pelbagai kuih muih yang turut di sajikan untuk sama-sama menikmatinya.

Pastinya golongan kanak-kanak yang lebih teruja dan sangat-sangat menanti waktu untuk menikmati hidangan selepas berlapar di siang hari. Selepas solat maghrib berjemaah, kami semua menikmati hidangan yang mana hanya kurma juga air serta kuih muih sebagai pembuka juadah berbuka puasa sebaik sahaja selepas azan maghrib di laungkan.




Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan tika sedang menikmati hidangan berbuka puasa.





Sejurus selepas sudah mengisi kekosongan perut, kanak-kanak terus kembali dengan aktiviti mereka sementara menunggu waktu isyak tiba. Terpancar kegembiraan di wajah mereka dan kembali segar bertenaga. Pastinya rasa bangga juga terharu dengan ketahanan mereka berpuasa di siang hari, lebih-lebih lagi waktu yang sedikit panjang berbanding dengan waktu berbuka puasa di Malaysia. Tambah lagi, bermula seawal umur 5 dan 6 tahun, mereka sudah di latih berpuasa.




Di samping dilatih berpuasa, mereka juga masing-masing dijanjikan ganjaran GBP dari ibu bapa mereka. Sedikit sebanyak lebih membeikan mereka semangat dan keyakinan untuk berpuasa.



Azan isyak berkumandang, kami semua mendirikan solat berjemaah dan disusuli dengan solat tarawih. Untuk semingu pertama ini, kami telah mengimamkan seorang rakan arab yang berasal dari Saudi Arabia. Di samping bilal-bilal yang telah ditetapkan dalam jadual bertarawih ini.




Suasana ketika solat didirikan..




Saf muslimat dan kanak-kanak..




Seperti biasa pada setiap kali selepas selesai solat tarawih, di samping berbual dan bersembang sesama yang hadir, kami menikmati pula hidangan kuih juga air teh dan coffee. Tidak lupa juga bagi kaum muslimat, antara yang dibincangkan sebelum beredar peluang ialah menu berbuka puasa untuk keesokan harinya.





Manakala kanak-kanak dengan aktiviti mereka tersendiri iaitu bermain sesama mereka. Masing-masing dengah gelagat yang pelbagai, ada yang berlarian ke sana ke mari, ada yang masih mengunyah makanan memandangkan keseluruhan kanak-kanak ini berpuasa di siang harinya. Jadi inilah masa untuk mereka menikmati makanan yang berada di depan mata.



Tidak lupa juga bagi baby-baby yang turut sama berlarian ke sana ke mari bila melihat kakak-kanak juga abang-abang mereka bermain. Mereka turut sama meraikan kegembiraan apabila bertemu beramai-ramai begini. Paling istimewa, jika pada tahun lepas semuanya masih kecil yang hanya mampu merangkak, tapi tidak untuk tahun ini. Masing-masing sudah besar dan berlarian ke setiap sudut.



Bergambar kenangan di dalam masjid.



Inilah antara aktiviti kami di sini tika menyambut Ramadhan di perantauan ini. Semoga segala amal ibadah yang di laksanakan pada bulan ini akan di terima dan mendapat ganjaran di sisi Ilahi, di samping sebagai bekalan di hari akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.


0 comments: